Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Saturday, January 3, 2009
Kesan politik di Malaysia: Suatu analisis awal
Di sebalik perubahan demi perubahan yang telah dilakukan oleh para pemimpin negeri khususnya di negeri pembangkang, terzahir suatu kesan yang pada pendapat penulis akan memberi kesan yang berpanjangan yang merugikan melayu. Perkataan "Ketuanan Melayu" yang kononnya disalahertikan oleh UMNO seolah menunjukkan sedikit kebenaran.
Pada pendapat penulis, situasi sekarang ini telah menunjukkan kuasa orang melayu sudah menjadi lemah dan tidak mustahil suatu hari nanti akan menjadi seperti nasib melayu di Champa. Kaum-kaum lain sekarang ini sudah berani menuntut hak-hak masing yang sebenarnya bukan hak mereka. Bahkan mereka sudah berani untuk mempertikaikan beberapa hak-hak keistimewaan orang melayu. Adakalanya berbentuk perkataan dan adakala berbentuk perbuatan seperti meletakkan kepala babi di rumah orang melayu.
Kadang-kadang penulis terfikir juga landasan perjuagan PKR. Apakah mereka sanggup untuk menghakis ketuanan melayu yang selama ini berkuasa. Kenyataan ini bukan bermaksud menyokong UMNO dan BN, tetapi memandang dari bentuk kebimbangan dan kerisauan. Bukan penulis PKR mengalah atau berundur, bukan juga mahu bergabung dengan UMNO dan memang UMNO pun patut ditendang kerana terlalu bongkak dan sekular. Biar lah UMNO muhasabah dulu kesilapan mereka.
Sekiranya parti pembangan terlalu sangat mengalah kepada DAP, kesannya orang malayu akan terasa. Sudahlah ekonomi mereka pegang bahkan pemilikan aset pun banyak telah dikuasai mereka. Yang nyata MCA, GERAKAN dan MIC sudah berani menyokong terang-terangan beberapa kenyataan DAP untuk kebaikan orang Cinn dan India. tetapi orang melayu masih lagi berkekah sesama sendiri.
Fikirlah jalan yang terbaik untuk kebaikan bangsa melayu. Jangan untuk mendapat untuk yang sedikit memberikan kesan panjang yang merugikan. Cukuplah Pulau Batu Putih diserahkan kepada mereka, jangan satu negara pula yang menjadi taruhan hanya untuk kemenangan kepada parti.
Penjelasan Antara Wahhabi dan Syafi'e
| | Salah Faham Terhadap Wahhabi dan Syafie |
| Para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah sama ada Imam Syafie, Maliki, Hambali, Hanafi dan selain mereka telah bersepakat bahawa Allah bersemayam di ‘ArasyNya, tetapi disangka oleh golongan yang mendakwa diri mereka bermazhab Asy’ari bahawa:
Sedangkan semua para ulama besar Salaf as-Soleh yang muktabar mereka bersepakat dan berakidah bahawa Allah bersemayam di atas ‘ArasyNya . |
| Siapakah Ulama Salaf yang menegaskan bahawa Allah bersemayam di ‘ArasyNya? |
| Imam al-Auza'ie rahimahullah, Imam ahli Syam menegaskan:
كُنَّا وَالتَّابَعُوْنَ مُتَوَافِرُوْنَ نَقُوْلُ : انَّ اللهَ عَلَى عَرْشِهِ وَنُؤْمِنُ بِمَا وَرَدَتْ بِهِ السُنَّةَ مِنْ صِفَاتِ اللهِ تَعَالَى.
"Kami dan para Tabi'in semuanya menetapkan dengan kesepakatan qaul kami bahawa: Sesungguhnya Allah di atas 'ArasyNya dan kami beriman dengan apa yang telah dinyatakan oleh Sunnah berkenaan sifat-sifat Allah Ta’ala".[3]
|
| Imam Abu Hasan al-Asy'ari rahamahullah menegaskan al-Quran bukan makhluk dan diturunkan oleh Allah yang berada di langit. Beliau menjelaskan:
"Allah mempunyai sifat, mempunyai tangan, bersemayam di atas ‘ArasyNya dan mempunyai muka. Al-Quran itu Kalamullah bukan makhluk dan al-Quran diturunkan dari langit".[4]
Imam Abul Hasan al-Asy’ari rahimahullah berkata:
"Di atas langit-langit itulah ‘Arasy, maka tatkala ‘Arasy berada di atas langit-langit Allah berfirman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit? Sesungguhnya Ia istiwa (bersemayam) di atas ‘Arasy yang berada di atas langit dan tiap-tiap yang tinggi itu dinamakan As-Sama (langit), maka ‘Arasy berada di atas langit. Bukanlah yang dimaksudkan di dalam firman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit? Bukan di seluruh langit, tetapi ‘ArasyNya yang berada di atas langit."[5]
Imam Abul Hasan al-Asy’ari rahimahullah seterusnya berkata:
Sesungguhnya setelah seseorang bertanya: Apa yang kamu katakan berkenaan istiwa? Katakan kepadanya: Kami sesungguhnya berkata bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla bersemayam di atas ‘ArasyNya yang sesuai denganNya sebagaimana firman Allah: }Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas ‘ArasyNya{ (QS. Taha. 5). Firmannya lagi: }KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik{ (QS. Fatir. 10). Firman Allah: }Tetapi (yang sebenarnya) Allah telah mengangkat Isa kepadaNya{ (QS. An-Nisa. 158). Firman Allah: }Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya{ (QS. As-Sajadah. 5). Firman Allah: }Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa dia akan menjungkir- balikkan bumi bersama kamu{ (QS. Al-Mulk. 16). Maka langit di atasnya adalah ‘Arasy, maka apabila ‘Arasy di atas langit-langit maka Allah berfirman: }Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit{ kerana Allah beristiwa di atas ‘Arasy di atas langit….Dan kita lihat sekalian orang-orang Islam mengangkat tangan mereka menghadap langit apabila berdoa kerana Allah Azza wa-Jalla beristiwa di atas ‘Arasy yang berada di atas langit-langit, jika sekiranya Allah Azza wa-Jalla di atas ‘ArasyNya pasti mereka tidak mengangkat tangan mereka menghadap langit (menghadap ‘Arasy)”. [6]
Imam Abu Hasan al-Asy’ari rahimahullah seterusnya menegaskan:
Imam Abu Hassan Al-Asy’ari rahimahullah menjelaskan melalui hadis:
“Dari Nafi’ bin Jabir dari bapanya sesungguhnya Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Turun Tuhan kami ‘Azza wa-Jalla setiap malam ke langit dunia, lalu berfirman: Adakah sesiapa yang meminta maka Aku akan memberinya, adakah sesiapa yang meminta pengampunan maka Aku akan mengampunkannya, sehinggalah terbit fajar”. [8]
Imam Abu Hassan Al-Asy’ari rahimahullah menjelaskan lagi:
“Sebagaimana telah dipastikan bahawa Allah Azza wa-Jalla beristiwa di atas ‘ArasyNya dan menolak semua yang bertentangan dengannya, sebagaimana yang disalin dari Ahli Rawi dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Diriwayatkan dari Nafi’ bin Jabir dari bapanya bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Tuhan kita ‘Azza wa-Jalla turun pada setiap malam ke langit dunia kemudian berfirman: Adakah sesiapa yang meminta Aku akan memberinya, Adakah sesiapa yang meminta ampun Aku akan mengampunkannya sehinggalah terbitnya fajar”. [9]
Seterusnya Imam Abu Hasan al-Asy’ari rahimahullah menekankan:
“Allah ‘Azza wa-Jalla berfiman: } Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas (langit) mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka){ An-Nahl 50. Dan Allah berfirman: }Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap{ Fussilat. 11. Dan Allah berfirman: }Kemudian Dia bersemayam di atas ‘ArasyNya, (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang lebih mengetahui (Muhammad) tentang Dia{ Al-Furqan 59. Dan Allah berfirman: }Kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy. Tidak ada bagi kamu selain daripadaNya seseorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi syafaat. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?{ As-Sajadah 4. Maka semua ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawasanya Allah Ta’ala di langit beristiwa di atas ‘ArasyNya. Dan langit menurut kesepakatan manusia bukanlah bumi. Maka telah menunjukkan bahawa Allah Ta’ala menyendiri dengan kewahdaniatanNya beristiwa di atas ‘Arsay dengan istiwa yang sesuai dengan kebesaranNya tanpa berhulul (menyerap) dan berittihad (bersatu)”. [10]
|
| Imam Syafie rahimahullah menjelaskan melalui riwayat yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu:
وَاَنَّ لَهُ يَدَيْنِ بَقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ (بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوْطَتَانِ) وَاَنَّ لَهُ يَمِيْنًا بِقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ (وَالسَّمَوَاتُ مَطْوِيَات بِيَمِيْنِهِ) وَاَنَّ لَهُ وَجْهًا بِقَوْلِهِ (كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ اِلاَّ وَجْهَه)...وَاَنَّ لَهُ قَدَمًا بِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمِ (حَتَّى يَضَعَ عَزَّ وَجَلَّ فِيْهَا قَدمَهُ) وَاَنَّ لَهُ اُصْبُعًا بِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (مَا مِنْ قَلْبٍ اِلاَّ هُوَ بَيْنَ اُصْبُعَيْنِ مِنْ اَصَابِعِ الرَّحْمَن) نُثبِتُ هَذِهِ الصِّفَات وَنَنفِي التَّشْبِيْه كَمَا نفِى ذَلِكَ عَنْ نَفْسِهِ تَعَالَى ذِكْرُهُ فَقَالَ (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ)
"BagiNya dua tangan sebagaimana firmanNya: (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka.
BagiNya tangan sebagaimana firmanNya: Langit digulung dengan tangan kananNya.
Allah mempunyai wajah sebagaimana firmanNya: Setiap sesuatu akan binasa kecuali WajahNya.
Baginya kaki sebagaimana sabda Nabi saw: Sehinggalah Dia meletakkan wajah dan KakiNya.
Dia mempunyai jari sebagaimana sabda Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam: Tiadalah hati itu kecuali antara jari-jari dari jari-jari Ar-Rahman (Allah).
Kami menetapkan sifat-sifat ini dan menafikan dari menyerupakan sebagaimana dinafikan sendiri oleh Allah sebagaimana difirmankan: (Tiada sesuatu yang semisal denganNya dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat)".[11]
Imam Syafie rahimahullah seterusnya menjelaskan:
"Dan Allah Ta'ala di atas 'ArasyNya (Dan 'ArasyNya) di langit”.[12]
Imam Syafie rahimahullah seterusnya menjelaskan lagi:
"Kita menetapkan sifat-sifat (mengithbatkan sifat-sifat Allah) sebagaimana yang didatangkan oleh al-Quran dan yang warid tentangNya dari sunnah, kami menafikan tasybih (penyerupaan) tentangNya kerana dinafikan oleh diriNya sendiri sebagaimana firmanNya (Tiada sesuatu yang semisal denganNya)".[13]
Imam Syafie rahimahullah telah menjelaskan juga tentang turun naiknya Allah Subhanahu wa-Ta’ala:
وَاَنَّهُ يَهْبِطُ كُلَّ لَيْلَةٍ اِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا بِخَبَرِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
"Sesungguhnya Dia turun setiap malam ke langit dunia (sebagaimana) menurut khabar dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam".[14]
Berkata Imam Syafie rahimahullah:
"Sesungguhnya Allah di atas ‘ArasyNya dan ‘ArasyNya di atas langit"[15]
|
| Mereka sepakat dalam meyakini tentang turun-naiknya Allah iaitu berlandaskan hadis:
يَنْزِلُ رَبُّنَا اِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا كُلَّ لَيْلَةٍ حِيْنَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرِ فَيَقُوْلُ : مَنْ يَدْعُوْنِي فَاَسْتَجِيْبَ لَهُ ، مَنْ يَسْاَلُنِيْ فَاعْطِيْهِ ، مَنْ يَسْتَغفرُنِيْ فَاَغْفِرلَهُ.
"Tuhan kita turun ke langit dunia pada setiap malam apabila sampai ke satu pertiga dari akhir malam, maka Ia berfirman: Sesiapa yang berdoa akan Aku perkenankan, sesiapa yang meminta akan Aku tunaikan dan sesiapa yang meminta keampunan akan Aku ampunkan".[16]
|
| Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah pernah ditanya tentang di mana Allah.
وَقِيْلَ لِعَبْدِ اللهِ بْنِ الْمُبَارَكِ : كَيْفَ نَعْرِفُ رَبَّنَا ؟ قَالَ : بَاَنَّهُ فَوْقَ السَّمَآءِ السَابِعَةِ عَلَى الْعَرْشِ "Ketika ditanyakan kepada Abdullah bin al-Mubarak: Bagaimana kita boleh mengetahui di mana Tuhan kita? Beliau menjawab: Dengan mengetahui bahawa Dia di atas langit ketujuh di atas ‘Arasy".[17]
Allah itu di langit berdasarkan hadis sahih:
قَالَ مُعَاوِيَةُ بْنُ حَكَمُ السُّلَمِي : وَكَانَتْ لِيْ جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا لِيْ اُحُدٍ وَالْجُوَانِيَةِ فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ فَاِذَا بَالذِّئْبِ قَدْ ذَهَبَ بِشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا وَاَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِيْ آدَمَ اَسَفَ كَمَا يَاْسِفُوْنَ . لَكِنَّيْ صَكَكْتُهَا صَكَّةً فَاَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ . قُلْتُ يَارَسُوْلَ اللهِ اَفَلاَ اَعْتِقُهَا ؟ قَالَ : اِئْتِنِيْ بِهَا . فَقَالَ لَهَا : اَيْنَ اللهُ ؟ قَالَتْ : فِى السَّمَاءِ . قَالَ : مَنْ اَنَا ؟ قَالَتْ : اَنْتَ رَسُوْلُ اللهِ . قَالَ : اَعْتِقُهَا فِاِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ. "Berkata Muawiyah bin Hakam as-Sulami: Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwainiyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya. Sedang aku termasuk seorang anak Adam kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka. Kerananya wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku menghadap Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: Wahai Rasulullah, adakah aku harus memerdekakannya!" Jawab Rasullullah: Bawalah wanita itu ke sini. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. “ Di mana Allah? Dijawabnya: Di langit. Rasullullah bertanya lagi: Siapa aku? Dijawabnya: Engkau Rasullullah. Maka baginda bersabda: Merdekakanlah wanita ini kerana dia adalah seorang mukminah".[18] |
| "Sesiapa mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya dia telah kafir. Adapun terhadap orang yang tawaqquf (diam) dengan mengatakan: Aku tidak tahu apakah Tuhanku di langit atau di bumi? Berkata al-Imam Abu Hanifah: Sesungguhnya dia telah kafir kerana Allah telah berfirman: Ar-Rahman di atas ‘Arasy al Istiwa"[19]. |
| "Allah berada di atas langit sedangkan ilmuNya di tiap-tiap tempat (di mana-mana), tidak tersembunyi sesuatupun daripadaNya"[20] |
| "Benar, Allah di atas Arasy-Nya dan tidak sesiapapun yang tersembunyi daripada pengetahuanNya"[21] |
| "Barangsiapa TIDAK menetapkan Allah Ta'ala di atas ‘ArasyNya dan Allah istiwa di atas tujuh langitNya, maka ia telah kafir dengan Tuhannya".[22]
Berkata lagi Imam Ibnu Khuzaimah (dari kalangan ulama as-Syafieyah):
"Kami beriman dengan khabar dari Allah Jalla wa-'Ala sesungguhnya Pencipta kami Ia beristiwa (bersemayam) di atas ‘ArasyNya. Kami Tidak mengganti/mengubah kalam (firman) Allah dan kami tidak akan mengucapkan perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada kami sebagaimana (perbuatan kaum) yang menghilangkan sifat-sifat Allah seperti golongan Jahmiyah yang pernah berkata: Sesungguhnya Dia istawla (menguasai) ‘ArasyNya bukan istiwa (bersemayam). Maka mereka telah mengganti perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada mereka, ini menyerupai perbuatan Yahudi tatkala diperintah mengucapkan: Hithtatun (Ampunkanlah dosa-dosa kami), tetapi mereka mengucapkan (mengubah): Hinthah (makanlah gandum)! Mereka (kaum Yahudi) telah menyalahi perintah Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi maka seperti itulah (perbuatan kaum) Jahmiyah".[23] |
| Beliau menjelaskan:
"Tidak boleh mensifatkan Allah bahawa Ia berada di tiap-tiap tempat. Bahkan (wajib) mengatakan: Sesungguhnya Allah di atas langit (yakni) di atas ‘Arasy sebagaimana Ia telah berfirman: Ar-Rahman di atas ‘Arasy, Ia beristiwa.[24] Dan wajiblah memutlakkan sifat istiwa tanpa takwil, sesungguhnya Allah istiwa dengan ZatNya di atas ‘Arasy. KeadaanNya di atas ‘Arasy disebut pada tiap-tiap kitab yang Ia turunkan kepada tiap-tiap Nabi yang Ia utus tanpa bertanya (para nabi yang diutus tidak bertanya): Bagaimana caranya (Allah istiwa di atas ‘ArasyNya)?"[25] |
| Imam Az-Zahabi, salah seorang ulama besar bermazhab Syafie:
“Sesiapa mengingkari bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla di langit, maka dia seorang yang kafir”. (Lihat: مختصرالعلو للعلي الغفار oleh al-Hafiz Syamsuddin az-Zahabi. Hlm. 137). |
Friday, January 2, 2009
Sajak (GURU 0H GURU)
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Guru Besar Oh Guru Besar (GB)
Jawatanmu semegah kedudukan. Kerajinanmu mengangkat tahap prestasi tahunan. Sungguh bertuah badan dapat mengecapi dalam tempoh yang singkat tanpa perlu lama menunggu giliran. itulah kehebatan yang terhebat dalam sebuah kehidupan seorang guru besar.
Sesetengah guru sangat merindui seorang bila guru besar itu seorang yang baik, ketidakhadirannya di sekolah terasa diperlukan. Setiap masa kalimah pujian tak lekang di bibir, terkenangkan kebaikan dan keprihatinannya. Di hadapan murid nama selalu disebut oleh guru, di kantin pun begitu apatah lagi di bilik guru, di pejabat pula sudah tentunya. Pendek kata apa saja yang di tunjukkan itulah ikutan dan teladan. Alangkah bahagianya kiranya suatu hari nanti, aku menjadi seorang guru besar yang handsome yang selalu dipuji dan disayangi. Mahu aku belanja tiap-tiap bulan nasi lemak kopi 'o'. Lagi banyak puji lagi kerap aku belanja. Manakan tidak, orang bila dah sayang tak mandi pun kata wangi, bila kita marah dia kata nasihat, pendek kata apa saja yang kita buat semuanya baik. Wow!berniaga manusia lebih untung dari berniaga unta.
Tapi bila dah benci, guru besar puji pun kita kata sindir, kalau marah apalagi, mula la rasa nak memberontak, boikot itu, boikot ini.. semuanya bila dah benci apa pun akan nampak tak kena jer. Umpat guru besar adalah topik utama lebih-lebih lagi guru perempuan yang memang suka jadikan amalan mengumpat suatu kebiasaan mereka. Hanya itu saja cara yang mampu mereka meluahkan perasaan. Kalau nak difikirkan berdosa, memanglah berdosa, nama pun mengumpat, confirm masuk neraka kalau tak sempat minta maaf.. Kena ingat tu.. Lepas ni, mana-mana guru-guru yang dah berbakul-bakul umpat cepat-cepatlah minta maaf. Manalah tahu, kot-kot pendek umur.
Guru besar pun satu, kerja dia tahu nak menyusahkan orang saja. Tak boleh tengok orang nak senang sikit, ada je yang dia nak suruh buat. Namun begitu, memang terpaksa suruh cikgu-cikgu buat pun. Dah memang kerja mereka tapi tak siap-siap, faham-faham jelah kalau kena marah, perli, sindir dek guru besar reti-retilah siapkan kerja. Tapi kadang-kadang tu, saja jer GB nak suruh buat kerja walaupun dah jelas sangat kerja tu mengarut tapi suruh jugak buat. So! kena la buat walaupun hati tak ikhlas. Terdapat di setengah sekolah yang mempunyai seorang GB yang pendendam. Bila dia dah benci seseorang, sepanjang tahun cikgu tu selalu kena. Kadang-kadang kena marah, kena perli dan macam-macam lagi bala yang akan kena. Tapi sesetengah tu memang patut kena pun. Apa pun, kalau boleh pada tahun ini di harapkan semua GB-GB kat malaysia ni berpada-pada lah kalau nak susahkan cikgu.. Kalau macam ni selalu boleh pening cikgu dibuatnya. Nanti bila cikgu dah naik fed up lagi lah susah. nanti ada pulak keluar paper seorang GB ditampar oleh cikgu. Tak mustahil semua tu, bila dah hati bengang semuanya akan jadi. Tak percaya, cuba bilang jumlah penghuni kat tanjung rambutan, golongan manakah yang paling ramai bermukim di sana? Cikgu? mungkin jugak.
Kepada semua Gb kat malaysia ni, jadilah seorang GB yang baik. Jangan fikirkan untuk kejayaan seorang diri je, kenang-kenangkan cikgu-cikgu di bawah ni. Mereka semua ni mahu dianggap sebagai anak, sebagai adik. Bertolah ansurlah dalam membuat keputusan. berhemahlah bila menggunakan budi bicara jangan terlalu tunjukkan perasaan marah di depan guru. Kalau nak marah sangat pun, mengadulah pada GPK yang paling rapat. Dan kepada GPK, jangan pula menjadi batu api, nanti tak pasal-pasal dapat saham untuk ke neraka. bertaubat lah..
Aku tulis ni bukan apa, cuma sekadar untuk mengisi ruangan malam sementara menunggu masa mengantuk. Sama-sama lah saling sayang menyayangi supaya suasana persekolah akan sentiasa ceria dan harmoni. Tak guna juga kalau kedudukan sekolah pada rangking yang tinggi tapi hubungan antara bos dan pekerja renggang. Perbanyakkanlah muhasabah di suatu ikatan yang murni, selak-selaklah buka gelagat organisasi untuk mengetahui cara hubungan dengan orang bawahan.
Semoga GURU BESAR - GURU BESAR di negara kita ini menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. Dan ingatlah, jasa yang baik akan sentiasa dikenang walaupun sedikit.
Thursday, January 1, 2009
Beramal untuk apa? Dan beribadat untuk siapa?
| ||
Jawapan : Kekuatan luar biasa ada kalanya boleh di perolehi dengan latihan dan usaha fizikal. Seperti menarik bas , berjalan atas bara dan memecahkan batu bata. Ia bergantung kepada latihan dan mungkin alatan-alatan luaran seperti krim pengurang kesan terbakar dan sebagainya. |
|
|
Adapun isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti membaca fikiran orang, ramalan bala yang akan datang dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada 3 sumber sahaja. Iaitu :- a) Al-Quran b) Hadith Sohih dan Hasan c) Fitrah kejadian alam (sunatullah)
|
|
Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya sebagainya firmanNya di dalam surah al-Najm ayat 65 : “ Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT” . Malah Nabi juga bersabda : “Sesiapa yang menemui tukang tilik atau tenung, lalu mempercayai ramalannya (ghaibnya) maka ia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi SAW” . ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Sohih menurut Albani ; Muntaqa , 2/791 ) |
|
Justeru, dinasihatkan dengan tegas agar jangan dengan mudah mempercayai ramalan-ramalan ghaib dan akan datang oleh seseorang. Adapun isu menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk mendapat kekuatan dan menembusi alam ghaib seperti membaca hati orang, pemikiran orang dan ramalan perkara akan datang. Ia mungkin boleh diperolehi oleh orang-orang soleh dan bertaqwa, dan ia dinamakan “kasyyaf”, walaupun demikian, kasyyaf bukanlah satu kurnian yang boleh di kawal oleh seseorang itu pada masa-masa yang diinginnya, ia kerap kali berlaku secara spontan tanpa kawalan. Ia dikurniakan oleh Allah kepada mana-mana hambaNya yang soleh. Sebuah hadith menyebut : “ Berhati-hatilah dengan firasat orang mukmin (soleh) kerana mereka melihat dari cahaya Allah” ( Riwayat Tirmidzi dan At-Tabrani dan tirmizi berkata : Gharib ; Dhoif menurut Albani; Kasyful Khifa, Al-‘Ajlouni , 1/35 ; ) ; Khailfah Uhtamn ‘Affan r.a juga pernah diriwayatkan mendapatkan kasyyaf apabila menegur seorang lelaki dengan katanya mata kamu berzina. Demikian juga Umar Al-Khattab r.a ketika melihat keadaan tenteranya yang jauh dalam keadaan bahaya. |
|
Seseorang yang mengamalkan ayat-ayat tertentu dengan tujuan khas untuk mendapatkan keistimewaan, adalah harus selagi tidak bercanggah dengan tujuan yang dibenarkan syara’, malah ada juga yang digalakkan jika terdapat hadith yang menganjurkannya seperti membaca surah al-baqarah bagi menjauhkan diri dari Syaitan (dari hadis riwayat Muslim), membaca surah Al-Kahfi pada malam dan hari jumaat bagi mendapatkan cahaya hati dan menjauhkan diri dari Dajjal (dari hadith sohih riwayat Muslim, An-Nasaie, Al-Bayhaqi dan al-Hakim –rujuk al-Muntaqa, no 388, 1/250). Banyak lagi ayat-ayat yang dikhabarkan oleh Nabi tentang khasiatnya. Menggunakana ayat-ayat tertentu untuk terbang dan berjalan atas air tanpa tenggelam, tidaklah disebut oleh Nabi ayatnya. Wallahu a’lam. Seseorang yang mengamalkan ayat-ayat tertentu untuk tujuan pelik dan jahat yang bercanggah dengan Al-Quran adalah sesat dan menyesatkan. Tetapi perlu diingat, tujuan utama al-Quran diturunkan bukanlah untuk mencapai keistimewaan pelik di atas dunia atau untuk tujuan dunia, tetapi ia adalah untuk amalan dan panduan untuk hidup di dunia bagi mencapai keredhaan Allah di akhirat. Fakta ini telah dinyatakan dengan jelas dalam pelbagai Quran. |
|
Mana yang lebih penting
Kami Perjuang Usul, Anda Dakwah
Remeh & Ranting ?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Beberapa bulan lepas saya membaca satu berita yang menggembirakan jika dilihat dari sudut pandang Islam. Namun saya yakin ia berita yang negatif jika dilihat dari sudut nafsu wanita moden yang sentiasa ingin ‘bebas' dalam cara pemakaian mereka, kononnya di atas nama ‘hak kebebasan'.
Berikut adalah beritanya :-
KOTA BHARU 23 Jun - Larangan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi ialah antara arahan yang ditetapkan kepada pemegang lesen dan pekerja di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini.
Yang Dipertua MPKB-BRI, Shafie Ismail berkata, arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.
Katanya, wanita muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.
....Sekiranya hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah,'' katanya menerusi pekeliling yang dikeluarkan kepada wanita beragama Islam yang bekerja mengendalikan premis makanan dan bukan makanan di dalam kawasan MPKB-BRI.
Bagaimanapun Shafie tidak dapat dihubungi Bernama untuk mendapatkan penjelasan terperinci berkenaan larangan pemakaian gincu itu.
Selain itu, beliau berkata, antara etika lain yang perlu dipatuhi ialah memakai tudung yang labuh, tidak jarang dan menutup dada, memakai baju berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki.
Shafie berkata, kegagalan mematuhi peraturan dan etika yang ditetapkan itu akan dikenakan kompaun sebagaimana yang diperuntukkan mengikut Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) 1986 dan jika sabit kesalahan boleh dikompaun tidak lebih RM500. - BERNAMA.
Saya mengucapkan tahniah kerana pihak berwajib yang bersungguh melaksanakan etika sebegini. Namun sudah pasti di zaman kerosakan akhlak dan kebanjiran masalah sosial ini, pelaksanaan etika ini akan dilihat PELIK, JANGGAL, ZALIM dan pelbagai lagi.
Bagi mereka yang ingin membaca hujjah lanjut saya dalam hal ini, anda boleh membaca di artikel berikut :-
1) Aurat Wanita : Apa Sudah Jadi?
2) Dilema Aurat Wanita Bekerja & Suami Nusyuz
Bagi mereka yang memahami Islam dari sumber yang sohih, ia tidak pelik sama sekali malah tepat sekali terutamanya di waktu wanita keluar bekerja.
Sabda Nabi s.a.w :-
إن الإسلام بدأ غريبا وسيعود غريبا كما بدأ
Ertinya : Sesungguhnya Islam dahulu datanag dalam keadaan asing, dan ia akan kembali semula dalam keadaan yang dilihat asing" (Riwayat Muslim)
Al-Qadhi ‘Iyadh mengulas bahawa di waktu Islam muncul dahulu, ia hanya diamalkan oleh sebilangan kecil pengikut, justeru ajaran-ajarannya dilihat begitu pelik dan asing dari kebiasaan masyarakat Jahiliyyah, kemudian Islam tersebar luas di seluruh dunia. Sesudah itu, semakin ramai yang akan culas dari ajaran Islam sehingga Islam tidak diamalkan kecuali oleh sedikit manusia sahaja. Tatkala itulah kumpulan yang ingin dan telah mengamalkan Islam AKAN DILIHAT BEGITU PELIK oleh si Jahil, munafiq dan kafir yang merupakan majoriti.
Inilah yang saya kira akan berlaku kepada usaha kerajaan Kelantan yang ingin melaksanakan etika aurat ini. Pasti ramai yang akan mengecilkannya dari kelompok yang telah saya sebutkan di atas.
ISU REMEH SAHAJA
Tidak kurang juga ada yang mengutuk usaha Kelantan ini sebagai usaha yang sangat kecil dan meninggalkan priority. Tidak berbaloi, ranting dan lain-lain. Jika berjaya, ia kejayaan remeh, demikianlah kesimpulan yang lahir dari minda si pengkritik.
Saya teringat, ketika saya muncul secara ‘live' di RTM 1 sekitar sebulan lepas membicarakan persoalan harta dan pendapatan syubhat dalam urusan kewangan harian, ada seorang pemanggil yang saya tidak pasti ingin bertanyakan soalan atau memberikan pandangan. Individu itu berkata :
"Bukankah isu yang sedang kita bincangkan ini hanya isu ranting, malah banyak lagi isu besar yang patut dibincang..bla bla bla.."
Itulah point utama komennya, ia seolah-olah tidak puas hati kerana kononnya kami membuang masa membincangkan perkara ranting, meninggalkan perbincangan hal besar dan usul, mungkin seperti isu hudud, ISA, sekular, politik dan lainnya.
Panjang jika saya ingin mengulas lengkap, namun cukuplah saya katakan, adakah anda faham bagaimana penentuan sesuatu hukum itu sebagai ranting atau usul ? Zhonni atau Qati'e ?
Isu harta haram sebenarnya bukan isu ranting bahkan ia adalah tergolong dalam isu usul dan kekal pengharamannya sehingga hari kiamat. Malah ia memberI kesan kepada seluruh ibadah, sistem iman dan nilai seseorang sebagaimana hadis nabis.a.w yang telah banyak saya perkatakan sebelum ini. Demikian juga isu aurat dan zina.
Malah jika sesebuah jemaah Islam atau parti politik islam itu yang berjuang habis-habisan untuk perkara besar (menurut mereka) iaitu kerajaan Islam hingga berjaya memenagni kerusi dan tampuk pemerintahan, namun jika sistem kewangannya, pelaburan kerajaannya, simpanannya masih terlibat dengan riba. Saya kira perjuangan mereka masih dikira gagal kerana sesiapa yang terlibat dengan riba adalah dikira berperang dengan Allah dan RasulNya.
Benar, saya selalu mendengar kutukan dari satu pihak terhadap usaha kebaikan Islam yang cuba dilakukan oleh pihak lain hanya kerana kononnya ia isu kecil dan ranting. Lalu diikuti kutukan itu dengan merendah-rendahkan tugasan dan usaha yang dilakukan. Ia tidak sama sekali dari cara Islam.
TIADA DAKWAH MELAINKAN DENGAN BERPOLITIK KEPARTIAN?
Sekali lagi saya nasihatkan, mereka yang berjuang Islam melalui sesuatu paltform, akan memperkecilkan usaha dakwah pendakwah LAIN YANG TIDAK melalui wadah yang sama dengan mereka. Sebagai contoh, kerap kita lihat kejumudan minda beberapa individu yang berjuang Islam melalui politik kepartian, lalu diremeh dan dikutuk semua yang tidak berjuang Islam melalui politik secara terangan seperti mereka. Dicemuh kononnya ‘tercicir' dari jalan dakwah. Apa mereka ingat dakwah itu khas buat mereka, tertipu sungguh mereka dengan permainan perasaan oleh Syaitan.
Justeru, jika anda ingin berjuang menegakkan politik Islam melalui wadah politik kepartian, silakan.
Namun jangan sesekali memandang rendah individu yang berjuang untuk Islam melalui wadah penulisan blog, buku, novel, cerpen, perubahan sikap, kartun, nasyid dan lain-lain. Masing-masing mempunyai peranan dan hanya Allah yang mengetahui siapakah di antara mereka yang lebih ikhlas dan diterima amalnya.
Selain itu, ingin saya tegaskan sikap sombong dan besar diri beberapa individu yang ‘kononnya' merekalah juara dalam isu besar dan usul sehingga memperkecilkan kerja dan usaha baik orang lain. Sikap ini perlu dijauhinya sama sekali. Kononnya mereka adalah 'hero' sebenar kerana berdepan dengan kezaliman, penjara, mudarat dibuang kerja dan lainnya, sedangkan pejuang lain dikatakan hanya bermain-main di tepi-tepi tanpa keberanian.
Sedarilah, merasa hero dan berani dalam berjuang adalah pemusnah kepada segala amalan, ia tergolong dalam perasaan ujub dan riya yang menghilangkan berkat dan pahala.
Tidak sedarkah mereka ia satu penyakit ‘ujub dan merasa diri hebat dengan jalan perjuangan itu. Memperjuangkan Islam punyai cara yang amat luas dan pelbagai, tidak perlu semua mengikuti rentak dan cara yang sama, kaedah perlu di pelbagai sesuai dengan kumpulan sasaran.
Bahkan berjuang Islam melalui politik kepartian itu sendiri amat luas skopnya, dan bukan hanya dengan berterus terang sebagai ahli atau pimpinan parti tertentu. Berceramah di musim pilihanraya atas pentas, berdemontrasi aman, menyerah memorandum, mengulas isu politik kepartian dengan terus terang dan lain-lain atas nama parti. Inilah sahaja yang dikategorikan 'berani' dan 'berjuang Islam' oleh segelintir mereka.
Kita dapat lihat di zaman ini, begitu ramai ulama berperanan walaupun tanpa komit dengan parti politik kepartian tertentu. Seperti Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhayli, Dr Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi. Buku tulisan mereka, kertas kerja pembetangan mereka tersebar seluruh dunia dan dimanfaatkan oleh kawan dan lawan, berparti dan tidak berparti.
Tidak dinafikan ramai juga yang mengambil jalan politik kepartian seperti Syeikh Dr. Abdullah Azzam, Dr Muhd Abu Faris, Syeikh Dr Hammam Sa'id dan lain-lain. Justeru kedua-duanya cara dan kaedah punyai faedah dan kelebihan masing-masing, menafikan usahakan kedua-dua cara adalah KEJAHILAN yang menyedihkan.
SEMUA MULA MENDABIK DADA
Saya bimbang sampai satu ketika, masing-masing ingin mendabik dada, isu yang dipilihnya adalah yang paling awla (tinggi priority),
Pejuang isu aqidah mendabik dada mendakwa perjuangannya paling kukuh dan awla, tanpa aqidah semua rosak, sehinggalah dia tenggelam dalam kafir mengkafir,
Pejuang fiqh kewangan juga mungkin dilambung ujub kononnya isu riba dan harta halal amat penting,
Pejuang politik islam dan hudud sudah tentu merasa semua yang baik boleh dibina melalui kuasa politik, justeru perjuangannay maha penting,
Pejuang perubahan sikap turut mungkin mendabik dada, tanpa perubahan sikap semua tewas,
Pejuang isu makanan halal pula mungkin bersuara, tanpa makanan halal kita akan hancur dengan doa tidak maqbul,
Pejuang isu wahabi, salafi dan khalafi pula tenggelam dalam isu bid'ah, aat sifat, tajsim,sifat dua puluh , tauhid yang tiga yang didakwanya maha penting,
Pejuang mengkafirkan ulama dan usaha ulama silam turut mungkin mendakwa sumbangan terbesar kernaa bimbang buku ulama terbabit akan menyelwengkan umat,
dan macam-macam lagi.
Saya tidak meremahkan mana-mana pun namun Apa yang penting untuk difahami, biarlah setiap orang berjuang dengan cara mereka. Anda tidak tahu manakah yang lebih utama, berjasa dan lebih ikhlas di sisi Allah swt. Ada yang berjuang Islam melalui politik, teruskan. Ada yang mampu mengambil
* jalan akademik,
* ada yang ikuti jalan NGO,
* korporat,
* motivasi pelajar,
* pembinaan program di sekolah,
* mengasaskan tadika islam,
* menyediakan perniagaan dan makanan halal dan lain-lain.
Setiap satu melengkapi antara satu sama lain. Mana yang terbaik di sisi Allah?, ia bergantung kepada dalaman, usaha bersungguh dan keikhlasan si pendakwah.
Allah swt berfirman :-
قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَى سَبِيلاً
Ertinya : Katakanlah: ""Tiap-tiap orang berbuat amalan menurut keadaannya masing-masing"". Maka tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya" ( Al-Isra : 84 )
Ibn Abbas menyatakan erti "syakilatihi" dalam ayat ertinya " sudut masing-masing", manakala sebahagian lain mengatakan berdasarkan niat masing-masing( At-Tabari, 15/154 ; Al-Qurtubi, 10/322)
Buat pihak yang suka dan berhasrat untuk mengutuk kerja dan usaha baik orang lain, sedarilah anda sebenarnya sedang MELAKUKAN DOSA dan menjauhkan orang dari Islam dan hidayah Allah. Disebutkan dalam sebuah hadis :-
لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك ووجهك منبسط
Ertinya : "Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan) , walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranya dengan wajah yang senyum dan riang.." ( Riwayat Ahmad , dari hadis Jabir , no 19717 )
Justeru, apa jua kebaikan yang mampu diusahakan oleh seseorang, kita ditegah untuk memperlecehkannya. Yang penting juga adalah setiap kita bukan Malaikat yang mengetahui setiap gerak geri, niat dan usaha yang dilakukan oleh orang lain untuk Islam. Oleh demikian, tidak adil sama sekali dengan ringan mulut kita menudingjari mendakwa si fulan telah tidak berjuang untuk Islam kerana sibuk dengan bisnesnya, motivasinya, syarikatnya, sekolahnya, kerjayanya dan lain-lain.
KIta sebenarnya tidak tahu secara tepat akan usaha dakwah yang dilakukan oleh orang lain, disebabkan sebahagian usaha untuk Islam mungkin dilaksanakan secara kelompok kecil, dan sebahagian yang lain pula tiada publisitinya.
Akhirnya tahanlah diri dari mudah bersangka buruk dan perhatikan tugas dan keikhlasan niat KITA SENDIRI dalam berjuang untuk kebaikan Islam, dan kurangkan 'menyibuk' dengan kutukan kepada individu lain.
APA SUMBANGAN KITA? SEJAUH MANA KEIKHLASAN KITA , SEBELUM MEMPERTIKAIKAN SUMBANGAN ORANG LAIN.
Sekian
Isu Pinggan Mangkuk Di Rumah Bukan Islam
Jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin: Mengarut! Apa perlu berkunjung rumah seseorang kenalan bukan Islam kalau kita menganggap tidak boleh makan atau minum di situ? Saya kecewa dengan pentafsiran Islam begini. Agama itu sebenarnya membuatkan kita menjadi lebih bijak. Pandangan ini menjadikan seseorang lebih bodoh.
Selagi sesuatu yang dijamu kepada kita itu halal, maka ia boleh dimakan, sama ada buah, ikan atau sebagainya. Kemungkinan-kemungkinan yang kita tidak nampak itu tidak wajib diambil kira. Kerahmatan ini tidak terhad kepada orang Islam sahaja.
Kalau kita buat baik kepada orang bukan Islam, kita juga mendapat pahala, macam kita memberi sedekah kepada orang bukan Islam. Perkara ini soal keinsanan dan nilai agama yang tamadun.
Tonjolkan imej Islam dalam wajah yang indah agar Islam dipandang sebagai agama yang benar.
Apa kata Ustaz Azmi Abdul Samad: Bagi golongan yang mempersoalkan mengenai pinggan mangkuk yang tidak disertu, sebenarnya hukum menyertu pinggan mangkuk yang terkena daging khinzir juga adalah sebahagian daripada masalah yang dikhilafkan oleh sebahagian ulama.
Yang masyhurnya, seperti yang kita pelajari, pinggan mangkuk tersebut mestilah disertu.
Namun, sebenarnya ada juga sebahagian ulama, termasuk ulama dalam mazhab Syafii, yang berpendapat bahawa pinggan mangkuk sedemikian tidak perlu disertu. Memadai ia dibasuh seperti me nyucikan najis-najis biasa.
Telah berkata Imam Nawawi, seorang alim mazhab Syafii, dalam ensiklope dianya yang bertajuk Al-Majmuk:
'Ketahuilah sesungguhnya bahawa pendapat yang kuat dari segi dalil adalah ia memadai dengan satu kali basuhan tanpa menggunakan tanah. Demikian itu jugalah yang dikatakan oleh ramai ulama yang mengatakan bahawa khinzir itu najis.' (Jilid 2/417)
Ulama fiqah tersebut mengatakan demikian kerana sekiranya diteliti, kita tidak akan menjumpai satu dalil pun dalam Al-Quran atau hadis yang sahih apabila umat Islam disuruh menyertu sekiranya terkena daging babi. Nabi juga tidak memerintah para sahabat melakukan demikian - berbeza daripada suruhan baginda kalau terkena jilatan anjing.
Namun, saya tidak menafikan masalah ini agak sensitif kerana ia jarang diketengahkan. Apa yang penting adalah masyarakat perlu faham bahawa hukum menyertu kalau terkena daging babi adalah satu masalah yang tidak disepakati oleh ulama.
Dengan adanya pandangan sebegini, ia akan memberi jalan keluar sekiranya kita menziarahi kawan atau kenalan kita yang bukan beragama Islam.
Ia juga akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sebahagian golongan pekerja kita yang terpaksa makan di kantin kerja atau pusat makanan yang hanya mempunyai satu pusat tempat membasuh yang menggunakan mesin membasuh pinggan mangkuk elektrik.
Namun, memandangkan ramai anggota masyarakat kita masih kurang terdedah kepada isu sebegini, saya tetap menasihati golongan orang bukan Islam supaya memastikan pinggan mangkuk mereka disertu terlebih dahulu atau menggunakan pinggan pakai buang sekiranya ingin menjamu umat Islam dalam sesuatu majlis.