Memegang jawatan sebagai guru disiplin bukan suatu yang untuk dibanggakan bahkan ia merupakan jawatan yang selalu ditolak oleh sebahagian besar guru.
berhasrat untuk menjadikan pelajar agar lebih baik dan berakhlak bukan angan-angan yang mudah kerana ia memerlukan usaha dan pengorbanan yang berterusan dan sentiasa melakukan pertimbangan wajar agar simbang nasihat dan hukuman.
Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Tuesday, October 1, 2019
BESARNYA TUGAS GURU DISIPLIN
Dilahirkan pada tahun 1979, anak kepada pasangan yang bahagia iaitu Ab Patah bin Hj. Ali dan Saaidah bt Hj. mat. Membesar di kampung Dewan Besar, Machang, Kelantan. Pendidikan awal di balaisah Hj. Nawawi dengan belajar al-Qur'an dan fardhu a'in ketika berumur 6 tahun, meningkat umur 7 tahun memasuki alam persekolahan di SK Dewan Besar seterusnya meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz al-Qur'an di Pulai Chondong selama tujuh tahun dan khatam menghafaz al-Qur'an ketika di awal tingkatan 6 (1998, sijil STTQ)dan mengambil peperiksaan sahaja di Darul Qur'an (JAKIM) dan lulus Diploma Tahfiz al-Qur'an dengan pangkat Jayyid Jiddan di sana. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam jurusan Usuluddin (Akidah Dan Pemikiran Islam). Sekarang menetap di Ampang, Selangor. Kerjaya sebagai pendidik (guru j-QAF)di SK Taman Puteri, bt. 9 Cheras, Selangor. Telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 3 putera dan dua orang puteri.
Subscribe to:
Posts (Atom)