Bila hati sudah beralih
Jalan yang lurus
Jadi gelap dan pudar
Hati membisu kelu
Sepi tidak berseri
Jiwa dibungkam nafsu mendidih
Redha dan sabar lupa ditagih
Entahkan bila akan bersilih
Iman di dada susah diraih
Kalau tiang sudah rapuh
Akan tunggu bumbung runtuh
Yang dipijak tiada bersuluh
Bila tunjang hancur luluh
Bila hati sudah hancur
Jiwa berbisik nan membusuk
Langkah bertapak jauh terlanjur
Budi ditabur berselindung memujuk
Bila hati sudah beralih
Yang nampak intan berkilau
Pasir di sungai dicemuh hina
Biarpun berjasa pada semua
Nukilan: Ajey Abu Ali (14/11/2011: 10.32 mlm)
Bila kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina masakan kita akan dipandang mulia oleh orang lain....... Bersangka baik itu sikap yang terpuji...................... Kita semua diberikan akal yang sempurna, gunakanlah ia dengan sewajarnya, kita diberikan ilmu untuk mencari kebenaran, kenapa pula kita lebih suka memilih bertaqlid pada perkara yang tidak seharusnya bertaqlid!!
Monday, November 14, 2011
Bila Hati Sudah Beralih
Dilahirkan pada tahun 1979, anak kepada pasangan yang bahagia iaitu Ab Patah bin Hj. Ali dan Saaidah bt Hj. mat. Membesar di kampung Dewan Besar, Machang, Kelantan. Pendidikan awal di balaisah Hj. Nawawi dengan belajar al-Qur'an dan fardhu a'in ketika berumur 6 tahun, meningkat umur 7 tahun memasuki alam persekolahan di SK Dewan Besar seterusnya meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz al-Qur'an di Pulai Chondong selama tujuh tahun dan khatam menghafaz al-Qur'an ketika di awal tingkatan 6 (1998, sijil STTQ)dan mengambil peperiksaan sahaja di Darul Qur'an (JAKIM) dan lulus Diploma Tahfiz al-Qur'an dengan pangkat Jayyid Jiddan di sana. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam jurusan Usuluddin (Akidah Dan Pemikiran Islam). Sekarang menetap di Ampang, Selangor. Kerjaya sebagai pendidik (guru j-QAF)di SK Taman Puteri, bt. 9 Cheras, Selangor. Telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 3 putera dan dua orang puteri.
Sunday, November 13, 2011
Info Sampingan (Hadis Palsu)
Ad-Dailami meriwayatkan daripada Abu Bakar r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Menyapu dua mata dengan perut dua jari telunjuk di kala muazzin berkata : "Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah" sampai akhir dan barangsiapa yang berbuat demikian diizinkan mendapat syafaat Rasulullah s.a.w "
Kata As-Sakhawi, Asy-Syaukani dan Ibnu Thahir : Hadith ini tidak sah. Kata Syaikh Abdul Rahman Al-Mu'allimi: Hadith ini bagi orang-orang yang mengetahui akan sunnah tidak ragu-ragu lagi batilnya.
Sumber : HIMPUNAN HADIS DHA'IF DAN MAUDHU', (jld 1) Drs. Abdul Ghani Azmi bin Haji
Idris
Dilahirkan pada tahun 1979, anak kepada pasangan yang bahagia iaitu Ab Patah bin Hj. Ali dan Saaidah bt Hj. mat. Membesar di kampung Dewan Besar, Machang, Kelantan. Pendidikan awal di balaisah Hj. Nawawi dengan belajar al-Qur'an dan fardhu a'in ketika berumur 6 tahun, meningkat umur 7 tahun memasuki alam persekolahan di SK Dewan Besar seterusnya meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz al-Qur'an di Pulai Chondong selama tujuh tahun dan khatam menghafaz al-Qur'an ketika di awal tingkatan 6 (1998, sijil STTQ)dan mengambil peperiksaan sahaja di Darul Qur'an (JAKIM) dan lulus Diploma Tahfiz al-Qur'an dengan pangkat Jayyid Jiddan di sana. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam jurusan Usuluddin (Akidah Dan Pemikiran Islam). Sekarang menetap di Ampang, Selangor. Kerjaya sebagai pendidik (guru j-QAF)di SK Taman Puteri, bt. 9 Cheras, Selangor. Telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, 3 putera dan dua orang puteri.
Subscribe to:
Posts (Atom)